Pengertian Boot Sequence

Nah, kali ini saya akan menjelaskan apa itu Boot sequence?. Inilah pengertian Boot sequence, Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:
  1. Hard Disk
  2. Disket
  3. CD-ROM
Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.
Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.
boot-sequence-02
Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.  Nah, sekarang kalian udah tau kan apa itu Boot sequence.. semoga bermanfaat

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2011. Delta Net KABUNAN